Monday, June 15, 2009

PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER

PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER

OBJEKTIF:

1. Menerangkan mengapa akauntan mesti perlu memahami konsep komputer
2. Membezakan di antara ‘supercomputer’, kerangka utama, ‘minicomputer’ dan komputer mikro
3. Menerangkan bagaimana tiga komponen CPU berfungsi dan bagaimana data diproses dalam komputer
4. Membandingkan peranti-peranti storan kedua yg digunakan dlm sistem komputer
5. Membandingkan peranti-peranti input dan output yg digunakan dlm sistem komputer
6. Membandingkan tahap-tahap bahasa yg berbeza bagi perkakasan dan komputer
7. Mengenalpasti fungsi-fungsi dan kegunaan pelbagai jenis perisian sistem dan aplikasi

Mengapa Akauntan Perlu Memahami Teknologi Komputer?
1. Akauntan merupakan pengguna sistem, majikan mengharapkan para pekerja yg diambilnya merupakan pengguna teknologi yg cekap (celik teknologi)
2. IT merupakan agen perubahan yg sangat berkuasa dan ia mengubah cara perniagaan beroperasi
3. Akauntan merupakan penilai SMP sebagai juruaudit dalaman dan luaran, menjaga hal-hal kawalan serta konsep-konsep perkakasan dan perisian.
4. Akauntan biasanya mengurus sumber komputer, membeli sistem-sistem yg diperlukan dan menyelis penggunaan komputer berkenaan.
5. Akauntan akan memperolehi ganjaran yg lebih sekiranya mereka celik komputer

Perkakasan Komputer (rujuk Fig. 7.1)
• Peralatan fizikal yg melaksanakan tugas pemprosesan data termasuklah CPU dan peranti-peranti sokongan
• Kategori komputer:
a) ‘Supercomputers’ - mesin yg berkepantasan tinggi dalam memproses data (angka dan huruf) bagi tugas-tugas ketenteraan dan saintifik, memiliki storan yg besar dan 10 kali lebih pantas daripada kerangka utama
b) Kerangka utama - digunakan secara meluas dlm perniagaan, boleh memproses berjuta-juta urusniaga sehari dan menyelaras beratus-beratus peranti peralatan
c) ‘Minicomputer’ - di antara kerangka utama dan komputer mikro, didatangkan dlm pelbagai saiz dan keupayaan, boleh beroperasi dalam persekitaran pejabat biasa. Komputer jenis ini biasanya digunakan dlm mod mengecilkan saiz SMP yg besar
d) Komputer mikro - kali pertama diperkenalkan pada tahun 1977 - komputer peribadi, termasuk ‘laptop, notebook dan desktop’. Semenjak tahun 1981, komputer mikro IBM menjadi piawai industri bagi digunakan dalam perniagaan
e) Pembantu Peribadi Digital (PDA) - ‘organizer’ - peranti yg boleh dibawa ke mana-mana, direkabentuk utk melaksanakan tugas-tugas tertentu seperti senarai nombor telefon, perancang perjalanan, senarai pelanggan, pembekal dll

Revolusi Komputer Mikro
• lebih dari 100 juta sedang digunakan, 80% pekerja menggunakan PC dan jualan meningkat di antara 10 - 15% setahun
• perniagaan di USA berbelanja lebih banyak dlm komputer daripada gabungan peralatan modal yg lain
• industri PC akan mencipta semula teknologinya setiap 18 bulan, setiap generasi baru menjadi lebih kecil, pantas dan lebih berkuasa drp generasi sebelumnya
• Penggunaan oleh akauntan:
a) majikan berharap graduan perakaunan yg diambil bekerja mempunyai pengetahuan bekerja tentang konsep perkakasan dan perisian pada tahap pengguna
b) komputer mikro mempertingkatkan produktiviti secara signifikan dalam perakaunan
c) penggunaan PC oleh perunding pengurusan untuk pembantu keputusan telah menjadi seolah-oleh pejabat maya

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) (rujuk Fig. 7.2)
• unit logika-pernomboran - pengiraan metamatik dan operasian logik
• unit kawalan - mentafsir arahan-arahan, menyelaras input/output, storan
• Ingatan utama - RAM, menyetor program-program, data dan arahan, diperbuat daripada semikonduktor (silicon chip)
• Ingatan baca sahaja (ROM) - menyetor secara kekal arahan-arahan sistem operasian
• peranti dlm-talian - peranti yg memperolehi capaian terus dan tekal dgn CPU
• peranti luar-talian - peranti yg tidak dihubungkan secara terus kpd CPU, biasanya untuk input dan output data
• Ukuran storan:
a) bit - angka binari, 0 atau 1, kedudukan buka atau tutup bagi sesuatu litar
b) bait - 8 bit digabungkan untuk membentuk suatu aksara (angka atau huruf)
c) kilobait - mengandungi 1024 bait
d) megabait - lebihkurang 1 juta aksara (1,000,000)
e) gigabait - lebihkurang 1 bilion aksara (1,000,000,000)
f) terabait - lebihkurang 1 trilion aksara (1,000,000,000,000)

• Ukuran kepantasan:
a) MIPS, BIPS, TIPS - juta, bilion, trilion arahan sesaat
b) masa capaian - mengeluarkan data dari memori
c) masa perlaksanaan - masa menjalankan sesuatu arahan
d) milisaat - 1/1000 saat
e) mikrosaat - 1/1000000
f) nanosaat - 1/1000000000
g) picosaat - 1/1000000000000

Perkakasan Mikrokomputer
1. Pemproses mikro - litar bersepadu (IC) komputer di dalam suatu chip
• Intel - 8046, lebihkurang 1.2 juta litar; Pentium, lebihkurang 3.3 juta litar, lebih 100 mips; pentium Pro, lebihkurang 5.5 juta litar, lebih 300 mips.
• Motorola - PowerPC, chip RISC dibangunkan bersama oleh Apple dan IBM

2. Motherboard - papan litar utama komputer, semua peranti disambungkan kpdnya melalui sambungan terus atau melalui slot-slot sambungan lainnya
3. data bus - komunikasi di antara komponen-komponen yg berjalan mengikut denyutan - bilangan bit yg diproses pada sesuatu masa - 8, 16, 32 dan kini 64 bit
4. kepantasan jam - megahertz (juta pusingan sesaat), sekarang sehingga 200 MH
5. MPP - banyak pemproses yg disambungkan bersama

Peranti dan Media Storan Sekunder
• menyetor data yg tidak diperlukan pada masa itu oleh sistem
• pita magnet - berbentuk gegelung atau katrij, menyimpan banyak data, murah dan menjimatkan ruang storan - digunakan kebanyakannya utk backup atau data yg tidak memerlukan capaian terus
• disket magnet - peranti storan capaian terus yg dominan, mempunyai kos, masa capaian, kapasiti storan dan kelenturan optima - dinamakan cakera keras (HD) pada sesebuah komputer
• disket/cakera liut - media berbentuk bulat dalam kulit pelindungnya, bersaiz 3¼ in
• cakera optik - menggunakan teknologi laser utk menyetor dan membaca data, mempunyai keupayaan besar bagi storan data, boleh ditanggalkan dan dikeluarkan secara banyak - kebolehpercayaan data semakin meningkat, tetapi mempunyai masa capaian yg lebih lambat;
1. WORM - tulis sekali, baca banyak kali
2. CD-ROM - cakera padat, ingatan baca sahaja, data boleh dibaca sahaja
3. CD-R cakera boleh rekod, peralatannya agak mahal dan agak terhad edarannya

Peranti Input
• kebanyakan sistem tertakluk kpd input/output
• pendekatan kemasukan data;
a) memasukkan data drp dokumen sumber
b) kemasukan data dlm talian
c) dokumen yg diperolehi dr pemprosesan data terdahulu
d) pengautomasian data sumber
e) pertukaran data elektronik

Peranti Penyediaan Data
1. enkod ke dlm pita magnet atau cakera
2. terminal paparan video (VDT)
3. tetikus
4. pen cahaya

Peranti Pengautomasian Data Sumber
• magnetic ink character recognition (MICR) - cth kad kredit, kad telefon dll
• Optical character recognition (OCR) - pembaca bar-code
• mesin pengeluar wang (ATM)
• kad ATM- dgn nombor pin utk keselamatan, jalur magnetik yg mengandungi maklumat mengenai pelanggan
• kad pintar (Smart Card) - cip pemproses mikro ingatan dan perisian yg boleh berfungsi sebagai kad debit atau kad ATM
• radio frequency identification tags
• radio frequency data communication
• perakam titik jualan - menggunakan UPCs ke atas keluaran dgn pembaca bar code
• pengenal suara - beberapa perkataan dari banyak orang atau sehingga 60,000 perkataan dari seorang dgn ketepatan 98%, digunakan dgn meluas dlm syarikat penerbangan, penghantaran bungkusan dan sistem panggilan hadapan

Peranti Output Komputer (rujuk Fig 7.4)
• unit respon suara
• pencetak: dot matrik, laser, plotter (grafik) dan computer output microfilm (COM) - menggunakan proses fotografi utk menyetor rekod-rekod arkib, kurang mahal berbanding kertas dan mengurangkan ruang storan sebanyak 95%

Perisian
• arahan terperinci yg mengawal fungsi peranti perkakasan, merupakan satu program
• tahap bahasa komputer (Table 7.2)
1. bahasa mesin - ditafsirkan oleh litar
2. bahasa simbolik - mewakili arahan mesin dgn simbol-simbol dan ditukarkan kepada bahasa mesin oleh penghimpun (assembler)
3. bahasa tahap tinggi - program sumber mesin yg bebas, ditukarkan kepada program objek mesin menerusi satu penyusun (Fig. 7.5)
i. mesej diagnosa memberitahu pemprogram tentang kesilapan sintaksis (salahguna bahasa)
ii. kesilapan logika boleh berlaku apabila arahan tidak mencapai keputusan yg dikehendaki
iii. sesetengah bahasa peringkat tinggi seperti BASIC Pro diterjemahkan oleh penterjemah yg melaksanakan satu arahan pada satu masa
4. bahasa generasi ke empat - tidak perlu memenuhi prosedur, ditentukan oleh pengguna berdasarkan keputusan yg dikehendaki dan bahasa tersebut menentukan arahan sebenarnya
5. penjana laporan - membuat laporan sebagaimana yg dikehendaki oleh pengguna lebih mudah, boleh mencapai pengkalan data; memilih data yg dikehendaki, menggunakannya dan mencetak hasilnya
6. penjana aplikasi - menghasilkan program utk melakukan tugas yg diingini; pengurangan yg besar dlm masa pembangunan program berbanding pemprograman tingkat tinggi
7. bahasa berorientasikan objek - menggunakan set kod program yg dipratentu dalam sebilangan aplikasi, kebolehgunaan semula kod program ini merupakan kekunci utama bagi pemprograman yg lebih pantas, mudah dan lebih produktif

Perisian Sistem
1. sistem operasian - mengurus input, output, pemprosesan, storan dan operasian perkakasan komputer; pada masa ini kebanyakannya menggunakan 32 bit data bagi satu-satu masa
2. program utiliti - mengendalikan fail, data yg biasa dan tugas-tugas ‘housekeeping’ dan membetulkan kesilapan yg lazim berlaku seperti pemadaman fail dan kesilapan memformat
3. perisian komunikasi - mengawal dan membantu pertukaran data elektronik dan mencapai pengkalan data awam serta perkhidmatan dlm-talian

Perisian Aplikasi
i. program kegunaan umum - melakukan kerja-kerja seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja, grafik, pengkalan data, pakej audit terkhusus
ii. program perniagaan - mengemaskini fail induk dan pengkalan data utk memasukkan esan urusniaga di dlm pelbagai fungsian seperti perakaunan, pemasaran, pengeluaran, kewangan dan sumber manusia
iii. aplikasi pintar - DSS, ES dan AI

No comments:

Post a Comment